Wednesday, October 8, 2014

kek moist mudah

Assalamualaikum..

Hari ini ingin share resepi kek moist yang mudah. Resepi ni dapat dari blog juga. Sat nak cari kejap sumbernya.Sebab hari tak sempat nak catatkan sumbernya. Salin resepi saja. First time cuba..alhamdulillah memang menjadi. di tambah pulak masa tu memang macam terliur saja nak makan kek moist. Sekarang boleh merasa air tangan sendiri.Alhamdulillah.

Sebelum ni ada kawan-kawan/kastemer tanya kalau ada jual kek moist. Masa tu belum 'terajin' lagi mencuba resepi kek moist. Bila dan campiun sikit dah boleh ambil order..hehe..campiunla sangat..saya lebih suka cari resepi yang pakai ukuran gm. Kalau ukuran cawan ni tak terer sangat. Sebab tula bila jumpa je resepi ni terus salin dalam buku.Masih lagi dalam proses mencari owner blog tu.Menyesal pulak tak tulis hari tu..Kalau tak jumpa..Semoga Allah saja membalas jasa beliau atas perkongsian resepi yang mabeles.

Resepi Kek Moist:

Bahan A (ayak)
100 gm serbuk koko
300gm tepung gandum 

1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu penaik

Bahan B
telur 4 biji (ni gred biasa je) Kalo gred A guna 3 biji
 400 gm gula kaster
250 susu cair 
250 minyak jagung (ni ganti gan minyak masak saja)
esen vanila (ukuran pakai tutup esen vanilla)
susu pekat 2 sudu besar (ni untuk lebih moist kek tu)
250 gm air panas (bahan terakhir)

cara-cara:
pukul  telur gan gula sehingga menjadi putih, masukkan susu cair,then pukul kejap.
kemudian masukkan  susu pekat dan minyak makan tadi.pukul sebentar saja (untuk sebatikan).


ok masukkan  adunan yang kita pukul tadi dalam bahan A. masukan sedikit demi sedikit agar sebati.kacau perlahan-lahan sehingga semuanya sebati. pastikan tiada tepung yang berketul. akhir sekali masukan air panas. kacau lagi sehingga sebati.

akhir sekali masukan dalam loyang kemudian bakar selama 1jam suhu 170.Kalau tak masak, boleh tambah masa lagi. Macam teknik biasa, nak check masak ke tidak, cucuk gan batang lidi. kalau dah clear maksudnya dah masakla tu.Ok itu saja.

In shaa allah menjadi.

         
selamat mencuba

 







Monday, September 29, 2014

Kek span mudah

Assalamulaikum..

Hah??kek span mudah..hehe..memang mudah kalau pakai tepung spongemix tu..beli ja kat kedai bakery. Memang banyak jual. Mula-mula belajar dulu, barulah tau rupanya ada tepung spongemix. Memang mudah sangat. Seperti ABC.hehe..tapi kalau tak tau caranya memang tak jadi jugak. Jadi sini nak share resepi macamana nak buat.

Kek Span Mudah

Bahan

250gm sponge mix
60gm air masak
80 gm minyak jagung/masak
1 sudu teh esen vanilla
telur 4 biji

Cara-cara:
                                                      Mix kan telur dengan tepung tadi.





Pukul sehingga  adunan jadi agak kental (maksudnya kalo angkat adunan tu tak jatuh)macam gambar kat bawah ni.







Masukkan air masak. mix kan lagi sehingga jadi adunan seperti adunan sebelumnya.masukkan juga sekali esen vanilla. Kalau adunan dah jadi kental seperti dalam gambar, okla tu.







Masukkan minyak. jangan pukul ye..guna spatula saja.(supaya adunan tak jatuh)..adun sehingga sebati





Masukkan dalam loyang (loyang dah sapu dengan minyak).

Hentakan sekali loyang tadi untuk keluarkan angin.

Masak dalam suhu 180 selama 30 minit.

dah siap.

bila cucuk kek tadi kat lidi tak lekat

keluarkan kek daripada acuan.tapi sebelum tu pastikan tepi2 tu sisihkan pakai spatula.supaya senang keluar daripada acuan.

telangkubkan atas redai. supaya kek tak turun.

dah boleh guna. Kek boleh letak butterkrim, cheesekrim, freshkrim.kira  kek span ni basicla nak buat apa-apa kek.


     selamat mencuba





Sunday, September 28, 2014

Himpunan Resepi dan Rasa..



Assalamualaikum

In shaa Allah ingin mengabdikan blog ini sebagai sumber himpunan resepi-resepi yang ingin  dicuba dan telah dicuba sama ada resepi kuih muih,kek roti, lauk pauk-pauk dan yang sewaktu denganya. Tergerak hati untuk mewujudkan blog ini setelah wujudnya rakan watsapp yang membincangkan tentang resepi-respi yang ingin dipelajari. Jadi tidak salah rasanya menyediakan blog ini untuk ruangan berkongsi rasa, ilmu dan cerita dalam dunia masakan yang mempunyai cabang yang pelbagai.Semoga usaha ini dipermudahkan.Aamin..

In shaa Allah